Bercuti ke Phuket-Apa ada dengan Phuket!
Dia atas Phuket ini ku berpijak…ada jiwa yang tenang di hatiku… whopsss!!!
Aku baru keluar daripada lapangan terbang Phuket.Phuket kurang satu jam daripada waktu Malaysia.Disebabkan aku malas nak setting jam,aku pun biarkan je.Keluasan lapangan terbang Phuket ni lebih kurang Kuching tetapi lebih beraktiviti,cukup untuk menampung kebanjiran pelancong yang bertandang,(ni masa aku sampai,masa lain aku tak tahu!) awek Phuket pulak masa ni memang tak sempat aku nak ushar dan jeling-jeling pun tak dapat sebab konsentrasi aku lebih kepada what’s next?bila nak makan…???(err…tunang aku ada sekalikan,jadi secara automatik,kawalan diri perlu lebih…bukan tak kawal eh!.)
Sambutan daripada dua orang kakitangan agen pelancongan itu sudah cukup membuat rombongan kita orang tidak terkial-kial di luar lapangan terbang.Bagus,itulah erti sebuah perkhidmatan yang baik,tepat pada masanya.(kau orang jangan terfikir pulak tentang blog ni yang memang tak tepat masa updatenya,tu cerita lain.)
Lepas punggah beg dan segala barang,terus Awi(pemandu pelancong) & Ning(pemandu bas) bawa kita orang pergi tempat penginapan.(Royal paradise)
Dalam perjalanan nak ke hotel,Awi minta Ning singgah tempat cetak dan jual t-shirt yang paling murah katanya di Phuket.Terfikir jugak aku,apa…kat kawasan hotel nanti tak ada jual t-shirt ke?Mesti ini Awi sudah angkat komisyen lebih daripada tauke kedai.Tapi aku termakan jugak saranan Awi,terbang jugak le 200 ratus lebih campur dengan tunang aku.
Lepas tu saat yang aku nantikan tiba.Acara makan ni,memang tak boleh dilepaskan.Soal halal,memang sudah termaktub dalam sebut harga.Makan mesti halal.Makan tepi pantai,memang jarang aku dapat peluang macam ni.Hah!tambah jangan tak tambah.Semua ditanggung oleh kerajaan pejabat.Hahaha…
Lepas makan,Awi dengan Ning hantar kita orang ke hotel penginapan.Memang makan di luar tidak di hotel kata Awi kerana kos makan di hotel terlalu mahal.Aku tak kisah janji perut dah kenyang dan mata dah tak larat nak menanggung kelopak yang nak gugur…
zzzzzzz….
sambung lagi…









