Perniagaan Internet.

Selepas Dr Irfan dengan jayanya menembusi mentaliti masyarakat malaysia(melayu secara am nya.)untuk berniaga di internet,maka ramai yang ghairah untuk menceburkan diri.

Dengan ilmu yang terhad,ramai yang kecundang di tengah jalan hatta mereka yang mempunyai latar belakang IT.

Dengan lambakan program-program buat duit secara tidur,bertambah sarat sumber-sumber pendapatan yang wujud di internet.

Begitu ketara kegilaan masyarakat pada RM,Dollar,rupiah,duit,wang dan sebagainya menjadikan setiap pengguna internet baru (newbie) begitu terpesona dengan limpahan rezeki yang di anggap murah dan mudah.(termasuk saya pada permulaannya).

Betapa mudahnya kuasa wang ringgit menutup mata para newbie untuk membezakan di antara perniagaan dan program-program yang memanipulasi wang para peserta.

Di atas kesedaran mereka-mereka yang telah pun memulakan perniagaan internet,maka wujud pula seminar atau bengkel-bengkel untuk memberi panduan kepada sesiapa yang berminat dalam bidang perniagaan internet.

Salah satu bengkel yang sentiasa mendapat tempat (berdasarkan kekerapan) adalah ebizmalaysia.

Bengkel ini di selenggara oleh saudara zul dan saudara sham yang mana masing-masing telah pun membuktikan kejayaan yang mampu di perolehi melalui perniagaan internet.

Berminat untuk berjaya seperti mereka?Sertai mereka di sini.

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to “Perniagaan Internet.”

  1. Perniagaan Internet says:

    saya setuju tu, peluang ada di mana2, yang rajin dapatlah yang malas takkan ke mana2

  2. enemdy says:

    Betul betul betul.. kalau kau perasan, sejak perniagaan internet ni jadi popular di Malaysia, semakin banyak pulak SPAM dalam email aku.

    Ini bermakna, perniagaan internet telah disalah erti atau disalah fahamkan oleh spammers ini. Ramai masih belum faham dan membuta tuli. Mata mereka telah dikaburi dengan janji-janji pendapatan yang lumayan. Wang adalah tujuan utama mereka, bukan ‘nilai’.

    Mereka lupa untuk memberi nilai.. mereka tak memberi apa-apa. Mereka hanya mahu menerima saja, ya menerima WANG!

Leave a Reply

This entry was posted on Monday, March 5th, 2007 at 7:51 pm and is filed under Seminar. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.