Abang…tengok sini dulu!

Aku tahu amat susah untuk mendapatkan perhatian umum.Lebih-lebih lagi kalau kau menjual produk yang mana pasarannya terhad.Tetapi jangan jadikan ianya alasan untuk kau berhenti menjual.

Satu contoh di hadapan mata kau sekarang adalah sampul surat,kad ucapan dan lain-lain lagi.Kalau hendak di ikutkan dengan zaman,siapa yang mahu guna?E-mailkan ada.”Aku tahu kau senyum sebab kau mesti check e-mail tadi.Banyak e-mail spam?”

Boleh hidup lagi ke manusia yang buat sampul surat dan kad ucapan ni cari rezeki?”Bolehlah kot…sebab aku tengok di pasaraya banyak lagi yang jual.Oh!bukan kata pasaraya sahaja…kedai mamak pun ada jual lagi sampul surat ni.”

Kau nak cakap yang penjual ni semua salah sebab dia orang jual lagi benda yang sekarang ni orang ramai dah tak berapa nak pakai.Berapa lama pula dia orang dah meniaga?Kalau rugi pun bukan kau!Yang beli pun bukan orang lain…rakan dan saudara kau juga.

Jadi aku ambil kesimpulan yang mana kalau kau menjual sesuatu yang bukan keperluan harian & bukan keperluan…contohnya landskap pasang siap.

1.Kau kena buat sampai pembeli teruja sampai tahap nak beli,kalau tak memang tak terjual lah jawabnya.(nama pun landskap kenalah cantik dan menarik.)

2.Pastikan juga landskap itu memang mudah untuk di alih-alih.(nama pun pasang siap, dalam erti mudahnya…kau jangan lah guna material yang berat-berat.)

Kau bayangkan saudara kau yang tinggal di tingkat 5 nak angkut landskap kau kalau berat.(Apa orang yang tinggal tinggi-tinggi kau ingat tak ada hati nak letak landskap kat balkoni?)

Walau aku tinggal di paras bawah aku tak lupa saudara aku yang tinggal tinggi-tinggi tu…kasihan dia orang,potensi nak beli tu bukan takat 50,25% pun belum tentu.Kecuali kau bagi servis untuk hantar & pasangkan sekali.(nama pun pasang siap takkan kau nak pasang punya kan?)
Ya lah…kau bayangkan asyik-asyik landskap labu daripada ipoh tu je yang aku tengok.(Ala!yang labu berbiji-biji & bertingkat-tingkat tu hape!sekarang ni kau anggap benda tu dah old school kan!ada yang dah simpan dalam stor pun sebab labu pecah,sebiji pun tak tinggal…aduh…!!!sadisnya.)

3.Sebab tu ke kau letak harga tinggi-tinggi untuk landskap kau walau pun kecil?Huh!..Lagi kuranglah potensi jualan kau.(walau aku tau landskap memang mahal pun!aku tetap nak lebih murah.Wooo!!!landskap merupakan terapi semulajadi,jangan kau ingat landskap tu untuk cantik sahaja…kau janganlah singkat pemikiran dalam soal ni! )

Aku tak boleh nak hurai banyak perkara lagi…sebab selera masing-masing.Yang nyata antara sebab post ni keluar sebab aku memang nak beli,tapi…kalau kau rajin kau baca balik apa yang aku tak puas hati balik semula.

Pernah aku pelawa rakan baik aku untuk bina landskap seperti ciri-ciri yang aku nak sebab dia buat landskap sendiri. kemudian market kat jiran-jiran sebelum aku hantar ke luar negara.Nampaknya…

“Angan Mat Jenin panjat pokok kelapa.”

Related Posts with Thumbnails

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply

This entry was posted on Thursday, December 13th, 2007 at 11:00 am and is filed under cerita bisnes. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.