Korban RM!

Selamat hari raya korban kepada kau yang sedang membaca blog aku penggila.com.Petang-petang raya ini,dengan curahan hujan membuatkan mata aku semakin kuyu & layu.Namun aku sanggup berkorban masa tidur yang petang-petang raya ni tak kan nak tidur kot!Berkorban apa sahaja kan?

Lama tak cerita tentang kegilaan…

Sedar tak sedar,kau juga melakukan kerja-kerja gila(kerja yang tidak ramai sanggup lakukan.)

Kisah world cup yang lepas…aku dengan dua orang rakan yang aku paksa untuk mengekori bontot aku.Kasihan kau orang…tetapi masyuk…oklah kan!

Sambung cerita…

Aku & mereka adalah rakan sekerja.Bekerja dengan agensi swasta yang tidak begitu besar bisa membuat jantung kau tidak berhenti berdegup dengan kerja yang mendatang.Hatta cuti pada hari sabtu yang biasa kau lalui dengan senyuman aku lalui juga dengan senyuman tak berapa.

Dengan keping yang minima pada bulan itu memungkinkan perbelanjaan aku akan tersekat.Ada keping kad kredit pun tidak berguna kalau keping RM juga yang  aku  damba.

Lalu aku membuat panggilan ke bekas rakan sekerja.Aku beri masa 1 hari untuk senarai lengkap pesanan jersi kesukaan mereka.Huh!kalau musim memang boleh buat duit,aku memang sudah dapat mengagak pasti kebabom!Dengan deposit yang ada,aku sudah berkira yang kad kreditku pasti diguna.Tak kisah!

Untuk penjimatan  & kesan maksimum seorang jurupandu dan juruterbang kedua di perlukan.Seorang budak kedah yang tidak mempunyai lesen dan tidak boleh memandu janji boleh guide aku ke padang besar & seorang budak penang yang ada lesen aku angkut ke padang besar dengan mengikut jalan dalam 100%.Nak jimat tahap maksimum.

Pendek cerita…setelah aku tolak kesemua kos,aku masih boleh membayar mereka dengan jumlah yang agak besar untuk kerja gila yang tanpa rancangan serta aku sampai juga ke sana untuk pertama kali dalam hidup aku.Aku puas!

Aku dapat melancong ekpress ke utara sambil buat duit.Titik…

Oh ye…sebelum aku terlupa,ada budak kecil minta makanan sebab lapar masa aku singgah di Ipoh.Jalan jauh,mak orang susah sudah 2 hari tidak menjamah makanan katanya.Aku beri…dan minta dia doakan kehidupan aku.

Doa aku juga mengiringi dia…untuk aidiladha ini…

Wassalam…

alongovtx-penggila.com

Related Posts with Thumbnails

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply

This entry was posted on Thursday, December 20th, 2007 at 9:46 am and is filed under cerita bisnes. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.