Din baca tak bunyi langsung.

Beli surat khabar adalah rutin aku.Bacanya tak semua.Din gila di kampung aku dulu rasanya gila sebab membaca lebih.Tak agak-agak.Sebab itu gamaknya bebudak kampung aku dulu tak ramai yang gila membaca.Semua pakat gila kutip buah rokam,nam-nam dengan buah mentega.Lepas tu jual kat sekolah.Memang usahawan sejati.

“Uh!kecur air liur aku.”

Mitos tentang Din gila menjadi gila sebab gila membaca memang kuat terpahat diminda orang kampung.Kanak-kanak sebaya aku memang didedahkan isu ni.Sekarang aku tak tau.Lama aku tak jenguk kampung tu.Entah hidup entahkan tidak lagi Din tu…

Teringat aku zaman balik sekolah,biasanya Din duduk di titi sambil baca surat khabar.Kejap melayu,cina,tamil pun dia sebat.Jarang Din dapat baca suratkhabar penuh,biasanya sehelai dua.

Sampai hari ni aku tak pasti adakah Din memang menguasai ketiga-tiga bahasa itu sebab bila ditanya Din hanya boleh menyebut hahahahahaha….sahaja.

Related Posts with Thumbnails

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply

This entry was posted on Friday, May 8th, 2009 at 9:45 am and is filed under aku. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.