Pendedahan MLM 2
Setelah anda mengetahui serba sedikit akan fakta kurang menarik berkenaan MLM,saya akan kupas berkenaan perkara tersebut.
Mengapa saya berani nyatakan perkara tersebut sebagai fakta?
Kenyataannya ia memang berlaku & menjadi sekatan yang kukuh untuk masyarakat menceburi MLM.Lebih-lebih lagi melibatkan penajaan & perselisihan timbul untuk menentukan siapa di atas atau di bawah.
Lihat sahaja pada sebab yang pertama,membuatkan semangat untuk terus berjaya akan patah dengan mudahnya.
Persoalannya,mengapa mesti patah semangat & kejayaan bagaimana yang ingin di capai?
Sudah tentu jawapannya berada pada diri anda sendiri.Kejayaan adalah sesuatu yang amat manis,kecil atau besar ia tetap merupakan satu kejayaan.
Contoh mudah:Sebagai seorang pemanah atau penembak,sasaran anda tertumpu pada titik di tengah.Walau di beri beberapa peluang,tidak semua akan tepat ke sasaran kecuali anda merupakan seorang yang mahir.
Ringkasan-Fokus pada sasaran kejayaan anda walau sedikit atau kecil.
Saya teruskan dengan yang kedua.Memang terbukti harga barangan MLM lebih tinggi berbanding barangan lain di pasaran.
Persoalannya,mengapa harganya tinggi & apa bezanya dengan barangan lain di pasaran?
Jawapannya sudah tentu terletak pada kos yang agak tinggi kerana penghasilan barangan pada kuantiti yang rendah,berbanding barangan lain di pasaran sehingga wujudnya barangan tiruan.Malah barangan MLM memberi pulangan semula kepada anda dalam bentuk bonus hasil mata terkumpul anda bersama rangkaian yang anda bina. Â
Secara mudah:Sekiranya anda membeli barangan pada kuantiti yang besar.Anda akan cuba untuk menawar harga pada tahap yang rendah.
“kurang sikit harga la tauke,saya beli banyak ooo,,,?”.
Ringkasan-Berbaloi bergantung pada diri anda sendiri.Anda menentukan apa yang anda mahu.Dengan pendedahan oleh kementerian ehwal pengguna berkenaan barangan tiruan yang semakin berleluasa dewasa ini,status barangan di pasaran di khuatiri memudaratkan pengguna.
Jumpa lagi di post MLM akan datang.
 Â
 Â










