Angin mendatang awal.
Sebulan yang lepas…jumaat 1.01 petang.
Kelihatan di markas stor syarikat swasta yang tak berapa nak terkenal di Kuala lumpur pekerjanya bersiap untuk ke masjid.
“Mana yang lain?Tak kan tinggal banyak ni nak pergi sembahyang jumaat?”tanya Pok long.
“Err…tak tau,hantar barang kot!”Suhaimi menjawab.
“Betul!…dia orang hantar barang.”sampuk Mat Dan dengan penuh keseriusan tanpa ragu.
“Tak kan lah hantar barang sampai tak pergi jumaat?Dah tu, bukan dia orang yang patut hantar…kalau nak hantar pun tak kan sampai 3 orang…kan ke hantar barang tu kerja awak Suhaimi.”Pok Long di lihat seakan tidak berpuas hati dengan jawapan sebentar tadi.
“Ini mesti ke lain ni…aku tau mana dia orang pergi ni.Tak de lain lah tu pergi membuang tebiat.Dah! moh kita.”
—————–
Hari ni…
“Malaysia menang snooker dowh semalam!”
“Ini yang semangat lamina datang balik ni.”
“isk…isk…isk…”











