Sonata labu-labi.

Aku layan juga hasil garapan baru Adlin ni malam tadi sambil-sambil EPL,nak tengok juga macam mana hasilnya.Man U menang,minggu depan sakit sikitlah sebab ramai yang tak boleh turun,apa pun aku lega…

Sambung balik…

Aku mempunyai rasa yang lain terhadap karya seniman agung kita.Bila karya itu di pertontonkan semula dengan garapan pengarah yang lain,aku mengharapkan sesuatu yang mengikut zaman.

Ya!mengikut zaman…

Maksud aku,zaman Labu dan labi itu sudah berlalu dan tetap dikenang sepanjang zaman.Dalam bahasa seharian pun kadang-kadang aku guna ayat daripada filem-filem P.ramlee sama macam kau juga.

Jadi,harapan aku nak tengok dialog itu ditukar mengikut bahasa masa kini tak dapatlah…

Bahasa masa kini…?

Kalau mengikut fesyen bahasa…”Entah bila bahasa ada fesyen pun aku tak tahu!”

Tetapi tetap adakan?…Senang faham..style.

Ya style,…Adlin memang terkenal dengan stylenya yang tersendiri.Style Nabil pula memang sedang menjadi ikutan.Kau boleh jumpa seribu Nabil dalam sehari sekarang ini.

Kenapa tidak Sonata labu-labi ditukar ke dialog masa kini sahaja?

“suka hati Adlinlah sebab dia yang directkan!”

P/S-Sebenarnya aku teringat waktu aku jadi Hj Bakhil masa di ITTAR kolej.Gamat seh…bila aku keluar dengan rambut panjang tutup muka.Labu dan labi pulak masa tu memang ikut dialog dia orang sendiri…pecah perut satu dewan.

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to “Sonata labu-labi.”

  1. affuan says:

    “orang2 tua” yang sedang berada di atas sana (di puncak) bukan senang nak terima pakai idea orang muda macam kita ni. try ko gi present idea ko. depan2 memang kutuk. belakang2 puji dan kagum berserta takjub. pastu cilok kata idea sendiri. hehe.

  2. alongovtx says:

    Nama pun orang tua…orang tua kita pun kadang-kadang pun lebih kurang juga.Tapi bila kita pandai pujuk ok juga pada akhirnya.Yang tak makan pujuk tu…faham-faham kan sahaja.

Leave a Reply

This entry was posted on Monday, December 1st, 2008 at 8:15 am and is filed under mari berhibur. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.