Lanjutan kerja gila.

Posting sebelum ini saya siapkan hanya dalam tempoh 2 minit.Macam masak maggie pula.Apa pun kerja gila saya sudah pun selesai dengan gilanya eh! jayanya.

“Saya menepuk tangan untuk diri saya sekali sambil menggosok tangan dan berkata yes! di dalam hati.Anda tak nak tepuk sekali?”Hehe…terima kasih banyak-banyak,itu adalah tabiat saya selepas menyudahkan sesuatu perkara atau tugasan.Kerja-kerja gila ni sudah menjadi makanan buat saya.

Saya pasti anda pernah berada pada satu situasi kecemasan yang perlu anda selesaikan di saat akhir.Tidak kiralah sehebat mana pun anda merancang anda tidak akan terlepas daripada situasi ini.

Berdepan dengan situasi sebegini memerlukan komitmen dua kali ganda daripada yang biasa anda lakukan.Anggap sahaja ianya adalah satu cabaran untuk menguji sejauh mana tahap kemampuan,kebolehan,kesabaran,kesetiaan dan lain-lain lagi,yang penting di penggila.com adalah kegilaan anda.

Anda tidak perlu menjadi orang gila untuk menggilai sesuatu atau seseorang?

Maka,gilakan sesuatu atau seseorang yang mampu membawa anda ke puncak jaya.

Gilakan apa yang anda kerjakan sekarang,walaupun anda mengerjakan 10 jenis pekerjaan.Biarlah anda di gelar penggila kerja daripada anda tidak membuat sebarang pekerjaan.

Ingat…!!! bekerja bukan hanya di pejabat atau di tempat kerja.

Cabaran hari ke-5 rajablog & selamat menyahut cabaran serta berjaya buat ibnu hashim& cikgu Azleen

Related Posts with Thumbnails

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply

This entry was posted on Wednesday, March 28th, 2007 at 3:07 pm and is filed under motivasi, penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.