Motivasi pada diri seorang penggila.
Sebagai seorang penggila (tak kira lah apapun kegilaan anda)
tanpa anda sedari,anda mempunyai motivasi yang cukup tinggi.
Dengan motivasi,sesuatu keinginan akan melonjak ke tahap kemestian.
Kemestian ini yang akan berubah menjadi rutin dan rutin pula akan
menjadi tabiat.
Perkara ini tetap berlaku tanpa kita sedari dalam erti kata lain
ia berlaku pada minda bawah sedar kita(sub concious).
Anda boleh baca tentang perkara ini di blog kak linn comel.
Sekiranya anda menghayati perkara di atas,anda akan dapat melihat
bahawa setiap perkara yang anda fikir dan lakukan akan mempengaruhi
tindakan anda.
Anda masih kurang faham?
Lihat contoh Thomas alva edison,lafaz beliau yang terpahat
di minda saya adalah lebih kurang begini “saya sudah melakukan segala kesilapan,
maka yang terakhir ini pasti berhasil.”Lafaz ini tidak jauh bezanya dengan
“berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.” yang mana kedua-duanya
lebih menekankan konsep setiap kemahuan yang meluap-luap mestilah disertai
dengan usaha yang berterusan.
Sebagai penggila,kemahuan anda untuk sesuatu sukar di bendung.Maka jadilah seorang
penggila yang menuju kearah kebaikan dan kemajuan.Wassalam.
cabaran hari ke-3 rajablog.










