Maharajalawak – pembukaan yang ala kadar untuk sesuatu yang sepatutnya hebat.
Petang semalam sebelum aku menenyehkan jari untuk balik kerja,ada budak sepejabat yang berpesan,”Long!jangan lupa malam ni…Maharajalawak,terbaik tu!.”
Ermm…dalam kepala aku sibuk dengan akal mana nak cari stok buah-buahan yang dah tak ada dalam peti sejuk kat rumah.Apa-apa hal beyondkan ada.
Sampai rumah pung-pang pung-pang (bahasa ni kaki dengar sinar fm tau la macam mana nak menggayakan bahasanya.) akupun ajaklah isteri aku ke pasar malam.
Nampak sangat aku bukan fanatik…
Bukan tak sokong…sokong juga,tetapi hasilnya.
1.Pentas Maharajalawak tak bertukar daripada last season.Tukar logo je pun…nampak macam persediaaan penerbitan program ni ala kadar sekadar melengkapkan program terbitan astro dan lebih kepada promosi langganan pakej mustika.
2.Rata-rata bintang Rajalawak malam tadi tak cukup persediaan dan latihan.Nampak macam kena paksa pun ada untuk menyertai program Maharajalawak ni…
3.Bila pertandingan,bintang bersinar pun boleh jadi malap sebab gugup…
4.Bila bintang kena komen negatif situasi jadi tak best…rata-rata komen juri pula tak menunjukkan yang bintang-bintang tu sedang bertanding.
5.Break the rules!sebab dia orang bintangkan…boleh buat apa sahaja tanpa menghiraukan sensitiviti macam bertekak,salahkan individu kalau tersingkir sebab nak menang 300k dan berborak atasĀ pentas macam penonton tahu sangat isu personal mereka diluar pentas Maharajalawak.
Banyak lagi isu yang diketengahkan oleh masyarakat tentang program Maharajalawak ini difacebook.
Tolonglah betulkan balik apa yang kurang.Belajar daripada kesilapan minggu pembukaan ini untuk minggu yang seterusnya.
sebab……..
Nak tunggu Maharajalawak yang seterusnya kena tunggu 5 season lagi wooo…













