P1 w1max | wimax | wiggy – Pengalaman aku sebagai pengguna.
“Ini modem free bang!Bayar wang pendaftaran RM 100.00 sahaja,1 jam account sudah activate,you sudah boleh surf itu internet!”kata promoter wimax itu.
“Betul 100?,Ada hidden charges?”balas aku mahukan kepastian.
“tak ada.”jawabnya.
Aku agak teruja dengan bayaran awal yang rendah itu.Bayaran itu pula masih pada kadar mampu milik bagi pengguna internet tegar seperti aku.Lagi pula,aku sudah mahu berpindah.Kalau dahulu aku tidak ambil kisah,sekarang ianya sudah menjadi satu keperluan.
“Bolehlah…!”bisik hati aku.
Semasa mengisi borang baru aku perasan,bayaran pengaktifan sebanyak RM 60.00 akan dikenakan pada bill pertama termasuk bayaran bermulanya penggunaan dan bayaran bulanan.
Sudah menjadi kebiasaan bagi promoter yang hanya mengejar komisyen untuk merahsiakan sesuatu maklumat yang boleh mengurangkan peratusan pembelian.Komisyen itu terlalu manis dibandingkan dengan sumpah seranah hingga ke anak cucu.
“Kawan,tadi you kata no hidden charges!Ini apa?.”
“Tak adalah bang,itu standard charge punya!First bill you bayar ma!bukan sekarang…ggg”
Aku mula mencongak.Disebabkan aku memilih pelan wiggy 69,bayaran bulanannya adalah RM 69.00 + RM 60.00 = RM 129.00 tidak termasuk penggunaan awal yang tidak cukup bulan.Lebih kurang RM 150.00 ++.
Malas aku nak memanjangkan cerita, selepas mengisi borang aku hulur RM 100 lalu modem wiggy pun berpindah tangan.
Sampai di rumah sudah lebih daripada 1 jam.Aku sudah tidak sabar mahu merasai manis pengalaman melayari malam pertama internet bersama wiggy.
Tiada signal…
2 hingga 3 jam aku terus mencuba tetapi hampa.
Dengan kontrak 2 tahun adakah wimax | w1max | wiggy mampu memberi kepuasan kepada aku?
Setakat ini aku sentiasa basah sebab kipas tak repair lagi…ummph…
P/S
- Pastikan semakan coverage dibuat sebelum menggunakan perkhidmatan mereka.











Kau lain kali kena check dulu dol coverage dekat website dorang. Baru kau sign pendaftaran tu. Kalau tak, kang jadi macam ni la. Tapi kau ada masa lagi untuk terminate kontrak tu dalam masa 7 hari. So better kau pergi HQ dorang and terminate kontrak tu.
September 11th, 2009 at 4:30 am
coverage kawasan,selepas pagi esoknya tak ada masalah.
Wiggy itu pun tidak memberi masalah kerana “aku sentiasa basah sebab kipas tak repair lagi.” dalam erti kata lain ‘melekat.’
Apa pun terima kasih atas info ‘terminate contract’itu.
September 13th, 2009 at 5:07 pm
Wimax pun sama ng provider lain. Sebulan dua, coverage ok la. Dh lama2, dia buat hal gak.
November 5th, 2009 at 8:56 am
[...] Selamat hari raya aidiladha yang sudah terlajak dikala aku menulis.Aku salahkan dia ni.Iklan potong mereka sekarang dibalas dengan jawapan sinis oleh sang [...]
December 2nd, 2009 at 9:58 am
p1 memang sial!bodoh!bangang!.nyesal tul aku pakai,kalau aku tau aku amik streamax je!!aku slalu main game online…2-3 minit sekali lost connection..rugi chip poker aku..p1 memang sial!!
December 5th, 2009 at 5:01 pm
alahai…
December 7th, 2009 at 7:14 am
Salam Semua
aku baru je call P1 td….jawapannya HAMPA belaka.
Alkisah:
Untuk pengetahuan semua aku ni pengguna model DS300 “Home Lite
Package”. Buat masa ni OK xde masalah. Cuma pada Januari 2010 ada
salesman dari P1 HQ Jalan Templer call dan offer aku wiggy!
Disebabkan payment aku cantik. Dia bgtau dia offer wiggy Rm99 je untuk penggunaan selama 3 bulan. Selepas tamat tempoh 3 bulan tu aku kena top (ala2 phone prepaid gitu) aku pun setuju.
Lepas buat settle semua pendafataran & payment aku pun guna wiggy tu,
TAPI hanya sebulan je leh pakai. Lepas tu kena top up!!!
Rasa macam nak meletop je kepala aku ni!!! mcm kena tipu pun ada.
Mamat yg jawap call aku tu pun x tau nk kata apa daaa….
Top tu price tu bg aku ok ( RM 20 15 hari & RM50 30 Hari )
019 2776476
saifulsyn@gmail.com
March 8th, 2010 at 8:08 am
topup RM20 untuk 15 hari dan 500Mb fair usage..tapi percayalah, tak sampai seminggu dah kena topup len..
August 21st, 2010 at 12:49 pm
Actually yang tahan tahan tu… tempoh sah prepaid ada lagi 2 bulan.. tapi quota limit dah cukop…xleh guna gak… tapi kalau quota ada lebih… tempoh dahhabis..pon xleh guna…. mmg la siot… huhuhuhu
September 1st, 2010 at 12:32 am
salam,den dulupun guna home pckg,nak dpt line pnyalah tensen..mengenangkan ada ctrc tahan jelah,abis ctrc dia offer wiggy prepaid free for life ada topup adalah line,xcel home line tapi wiggypun 2×5 je,citepun sakit ati..last2 aku signup clcm,puas hati aku…
October 21st, 2010 at 3:44 pm
[...] orang p1 call minta suruh selesaikan bayaran terpaksa juga aku ke sana sebab aku nak tutup terus.Kata orang [...]
December 15th, 2010 at 5:56 am
aku guna yg 69 punya mmg sial wimax nih. nk main game online bkn main payah. nk download bkn main lembap. bila call tanya dia ckp u punya kawasan full coverage tak mungkin slow. lepas tu aku pon mengamok kat dia “kalau xslow buat ape aku perabis duit kol kau bodohh!!” terus aku letak lepon dan dengan sakit hati menunggu habis contract selama 2 tahun sampai hujung bln 12 tahun 2011… shit man…
May 20th, 2011 at 3:31 am