Blog siapa paling gila?

Kalau kau tanya aku jawabnya blog akulah…nama domain pun dah penggila.comkan?Tapi sayang blog aku tak cukup gila seperti blog kau tu pun kalau kau ada bloglah…

Yalah!…mana tak cukup gila,update hendak tak nak…wei aku nak,tapi tak sempat…

Lagi pun blog ni dah jadi personel blog aku,so bukan tempat untuk aku mengaut keuntungan dan sewaktu dengannya…dapat cover kos domain dengan hosting pun dah cukup baik.Maka,apa sahaja yang kau tatap adalah kisah dan tauladan peribadi aku,samada suka,duka,…dan seterusnya selagi hayat dikandung badan.

Tak terlambat untuk aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua.Maaf zahir & batin.Aku nak kau terima jugak batin tu,batin bukan hanya perkara itu sahaja yang perlu kau fikirkan.

Itu sahaja =18SX.

Batin tu kan maksudnya lebih kurang dalaman.Zahir adalah luaran.Manalah tahu ada diantara penulisan aku di penggila.com ini menyakitkan kau.Kepala kita tak samakan!

Ok,blog paling gila ni sebenarnya adalah tag daripada En.Rohaizad.com kita.Bro,mentang-mentang blog aku ada title gila,blog pertama yang kau tag blog aku.Terima kasih banyak,bermakna kau ingat juga kat blog aku.

Kalau kau tak biasa ke rohaizad.com biasa-biasakanlah diri ke sana.Nak tau macam mana Izad proses buat duit dengan adsense,domaining(aku tak tau benda ni…)serta proses-proses membuat duit cara Izad,elok untuk kesihatan poket kau dan juga aku.

Apa yang aku faham tentang tag kali ni bersamaan penganugerahan blogger ke atas blog lain yang dirasakan best gila! bersamaan blog yang kau suka layari.Yalah!kalau ada blog sorang-sorang pun tak guna kalau tak “ipolo” blog blogger lainkan?

Jeng-jeng…

Inilah 4 blog yang sedar tak sedar selalu jugak aku ter “ipolo.”

1.kumprinx.com-Blog ni kalau gua masuk takyah pakai bookmarks.Kalau sebut kumprinx di alam maya ni jangan lupa sebut kumprinx rock!Ni gua yang bagi…

2.akubetul.com-Sama,aku taipkan aje…Bro,selamat berbahagia ke akhir hayat.Aku tak balik kampung raya tahun ni kalau tak,mesti aku singgah hari sanding kau aritu.Untuk makluman pembaca,En.akubetul.com baru sahaja menjadi suami orang.Sila doakan agar kebahagiaan berkekalan untuknya bersama isteri.Yup! statistik penceraian menyebabkan kita perlu lebih mendoakan setiap pasangan yang baru diijab kabul walau pun kita tidak mengenali mereka.Sebab,err…tak best!bercerai-turun naik mahkamah-rampas anak-itu ini-cenggitu-cenggini.Ops…jangan lupa doa untuk aku dalam bulan November nanti…tak lama lagi tu!

3.cartoonrama.blogspot.com-Penulis novel,komik,bla-bla…”kalau nak tengok alif hancock click link sebelum alif jadik transformer pulak.Best!.

4.kau orang yang baca entri ni.com yang ada blog!-teruskan memberi anugerah,virus Hucakrobu Sebelis Gumbra atau tag ini kepada blogger yang ada di alam maya ini.

Secara ringkas,kau boleh buat entri berkenaan blog yang kau suka dengan tajuk.”saya sangat menyukai blog ini,kamu bagaimana?” lalu sertakan link blog itu ke dalam entri.

Salam Aidilfitri lagi daripada aku di penggila.com….baik-baik!

Ini rupa anugerah yang aku terima.

Related Posts with Thumbnails

6 Responses to “Blog siapa paling gila?”

  1. rohaizad says:

    wahahha.. virus semakin tersebar…!

  2. Nasrun says:

    Belum cukup tersebar luas lagi ni..

    Ramai lagi yang takut nak sebarkan virus ni..

  3. alongovtx says:

    virus…ramai yang takut…

  4. Mr.Right says:

    Sorry bro, aku baru perasan ko bagi title gila kat blog aku. Tadi boring2 aku check Technorati terjumpa posting ko ni. Wife aku pun dah berbadan dua.

    Kejor Yob Kejor!

  5. alongovtx says:

    Gila bukan sebarang gila…gila betul award tu…

  6. NMD says:

    award macam ni pun ader? huh.. tahniah bro.. jangan dapat award orang gila sudah lol..

Leave a Reply

This entry was posted on Wednesday, October 8th, 2008 at 5:45 am and is filed under penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.