Cabaran sentiasa mendatang.

Cabaran 40 hari rajablog bakal berakhir tidak lama lagi buat saya(Err…saya ada dalam senarai cabaran lagi ke?huhu..)Rajablog sudah pun menamatkan cabaran buat dirinya pada hari ini.Tahniah.Kalau penganjur kantoi lain pula ceritanya ye tak!

Saya benar-benar menyanjungi usaha Rajablog yang tidak putus-putus melaksanakan projek baru walaupun baru menamatkan cabaran jarak jauh selama 40 hari.Kalau naik gunung dah sampai puncak Everest.Hehehe…

‘Asyik keluar cerita gunung je kan!saya sebenarnya terlalu merindui suasana di sana.Apa boleh buat tugasan menjadi penghalang.’

Mengikut post terakhir rajablog,cadangan En.aku di wangcyber akan cuba di terjemahkan walaupun idea itu sudah lama.Erm…blog penggila.com tidak layak rasanya untuk menyertai perancangan terbaru Rajablog tu.Bagi sokongan pun sudah memadaikan!

Saya sendiri dalam usaha mencabar diri sendiri untuk menghasilkan perniagaan internet yang terlalu lama terbengkalai.Woo…memang terlalu lama.Jika di hitung sudah hampir setahun saya pergi balik tetapi masih di sini juga.Jawapan standard “kesibukan melampau membuatkan saya masih di sini.”hehe…

Bukan memberi alasan cuma sekiranya anda benar-benar perhatikan kebanyakan otai-otai yang telah pun mempunyai perniagaan di internet termasuk rajablog merupakan individu yang berada pada bidang IT,maka secara tidak langsung daripada segi teknikal tidak menjadi masalah yang besar.

Dalam bahasa kasarnya,sepak terajang sebelum bergelar peniaga internet pun dah cukup kasar,ini kan pula sekiranya sudah memulakan.

Apa pun cabaran sentiasa mendatang tidak kira samada di jemput atau tidak!Sekiranya cabaran itu di sahut maka bersiap sedialah menghadapi sepak terajangnya.Saya akan cuba menangkis segala sepak terajang itu yang sebenarnya lebih kepada kelemahan diri saya sendiri.Selamat…!!!

Related Posts with Thumbnails

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply

This entry was posted on Friday, April 27th, 2007 at 1:23 pm and is filed under penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.