Cerita bisnes.

Bertemu lagi,sebelum ini anda sudah mengetahui yang saya sedang menghabiskan pembacaan buku memulakan bisnes sendiri karya Pn Ainon.

Sebenarnya belum habis lagi,tetapi saya ingin berkongsi sedikit dengan anda berkenaan apa yang terkandung di dalam buku tersebut.

Dengan dedikasi Pn Ainon pada permulaan buku terhadap anak beliau sendiri,apa yang saya agak pada permulaan tentunya merupakan suatu ilmu yang lebih telus.
Ya lah,…bukan semua penulis menulis dengan telus,untuk anak sendiri mestilah sesuatu yang lebih berharga.

Apa yang dapat saya simpulkan setakat ini,penulisan beliau lebih kepada perlunya pemahaman yang tinggi tentang situasi dunia perniagaan.

Terlalu banyak cerita-cerita berkenaan dunia perniagaan daripada kecil,sehinggalah yang besar.Sehingga saya merasakan saya yang berada pada situasi tersebut.

Walau pun beliau menggunakan teknik penceritaan, segala keperluan dalam membina perniagaan tidak dilupakan.Ringkasnya saya nampak segala sepak terajang dalam perniagaan walaupun hanya melalui pembacaan.

Untuk anda yang bercita-cita untuk berniaga,saya amat mengesyorkan buku ini.

“memulakan bisnes sendiri”

Kalau nak bagi bintang,saya bagi bintang penuh.hehehe…

Mana tak nya,sehinggakan untuk mencari calon isteri pun di ajar…

Related Posts with Thumbnails

One Response to “Cerita bisnes.”

  1. ridaparidah says:

    Waaah, bagus cerita ni. Mcm mana nak dapatkan buku tu? hmm…boleh dapat free tak? hehehe..

Leave a Reply

This entry was posted on Saturday, April 28th, 2007 at 3:06 pm and is filed under cerita bisnes, penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.