Kaki atau orang dalam.
Seringkali anda mendengar ungkapan ini terutama dalam urusan perniagaan.Tidak perlu dinafikan bahawa ungkapan ini sudah menjadi sebahagian daripada proses untuk memudahkan setiap urusan.
Semua orang mahukan sesuatu yang mudah termasuk anda dan juga saya.Persoalan yang bermain di minda saya adalah
Adakah setiap penggunaan kaki atau orang dalam ini benar-benar memberi jaminan dalam mencapai hasrat?
Jawapan biasa yang di dengar adalah bergantung kepada betapa kuatnya kaki atau orang dalam tersebut.
Erm…di sebabkan jawapan ini menjadi kebiasaan maka setiap daripada individu yang ingin memulakan perniagaan biasanya juga akan turut tergantung bersama jawapan tersebut.
Maka jalan penyelesaian di penggila.com di atas persoalan
‘ada kenal tak sesiapa kaki atau orang dalam di syarikat itu,ini,di sana dan di sini?
adalah
‘kaki!ada,ada 2 ni…tu kaki ada 2 jugak pakailah kaki sendiri…kenalah jalan sendiri.Kalau tak,tak gunalah ada kaki.’hehe…
Agak kasar,tetapi setiap urusan yang melibatkan orang tengah akan menimbulkan pelbagai masalah.
Saya tidak menafikan lebih baik kita lakukan sesuatu yang mudah dengan menggunakan orang dalam tetapi bukan untuk meyelesaikan masalah sebaliknya untuk lebih mengenali dan faham akan perjalanan setiap urusan.










