Lelongan dan bidaan 1 sen sahaja.

Pernahkah anda mendengar atau melihat laman web lelongan pada kadar 1 sen setiap permulaan dan meningkat 1 sen setiap kali anda melakukan bidaan atau tawaran.(bid) di internet?

Kini,laman web lelongan ini untuk pasaran tempatan tumbuh bak cendawan selepas hujan.Senario ini dapat dilihat pada iklan laman web terkemuka di internet dengan kata kunci “auction.” (bukan semua.)

Sekiranya anda lihat keputusan bidaan,rata-rata pemenang memenanginya pada nilai yang sangat rendah.Bayangkan sebuah telefon bimbit dengan teknologi terbaru di pasaran dipaparkan dengan nilai kurang daripada RM 100.Sudah tentu anda akan hilang kewarasan untuk seketika.

Memang sesuatu yang unik di mana tawaran mereka dilihat memberi keuntungan kepada setiap pembida kerana menawarkan produk pada kadar yang terlalu rendah.Malah,sekiranya bidaan anda melebihi nilai pasaran produk,mereka masih memberi jaminan anda hanya perlu membayar sebanyak 50 peratus sahaja daripada harga pasaran yang mereka tetapkan.

Nampak seakan mereka membuat jualan kebajikan,akan tetapi setiap bidaan anda sebenarnya memerlukan bayaran bermula RM 1.50 sehingga RM 2.00 malah RM 3.00 sekiranya anda menggunakan perkhidmatan sms.

Sekiranya anda tidak memenangi lelongan,maka bidaan atau wang anda tidak akan dikembalikan.Pada masa artikel ini ditulis,ada laman web yang memulangkan semula sedikit peratusan bidaan untuk 3 pembida teratas.Akan tetapi wang anda masih juga ada pada mereka untuk anda meneruskan bidaan yang lain.

Perbincangan di forum-forum terbuka banyak membincangkan risiko dalam melakukan bidaan,risiko keuntungan dan kerugian yang bakal anda perolehi malah ada juga perbincangan yang menyamakan lelongan ini beroperasi seperti sebuah syarikat perjudian.

Tepuk dada tanya selera.

Related Posts with Thumbnails

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply

This entry was posted on Monday, October 26th, 2009 at 7:20 am and is filed under penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.