Mari men’cuci’ di pawagam.

Dengan menggunakan idea ringkas,tidak keterlaluan aku katakan idea yang biasa-biasa sahaja pada jalan cerita tetapi diolah dengan begitu mendalam untuk membangkitkan mainan perasaan.‘Cuci‘ dan pengarah baru Mr Hans isaac bakal menguasai pasaran untuk filem melayu untuk generasi baru.Setahun 2-3 filem ada berani bro?

‘Kau perlu pergi ke pawagam untuk merasai apa yang aku rasa.’

Best!itu yang keluar secara spontan apabila tunang aku bertanya.Rasa nak tengok lagi pun ada.Tak apalah,tunggu vcd keluar.Boleh layan untuk mengatasi boring dan menaikan semangat yang hilang.

Intro (maaf,kurang ilmu mengenai filem aku guna bahasa lagu boleh!)yang ringkas tetapi penuh bermakna.Kat intro ni,tunang aku perasan yang muka budak yang jadi AC masa kecil mempunyai persamaan lebih kurang 80% dengan Hans.No komen,mungkin terlepas pandang.Kau nak tau pergi tonton sendiri ye…

Dibesarkan di kampung dengan tiada hubungan kekeluargaan dan dipelihara oleh seorang nenek terlalu jarang aku dengar.Aku berpendapat pembuat filem perlu lebih realistik sikit sebab Malaysian terlalu realistik mengenai filem.Andai karektor di tukar menjadi sepupu aku yakin cuci boleh ditambah jalan cerita lain di mana keempat-empat mereka sepupu yang di tinggalkan oleh mak & ayah ke,pastu boleh cipta babak konflik keluarga.Lagi pun durasi filem Malaysia rata-rata sejam lebih sikit je.Bagi lah nasi tambah…tak ada salahnya pun.

Beb!Rata-rata filem & drama yang meletup kat skrin Malaysia ni isu konflik yang mendapat tempat pertama dalam pemerhatian aku yang tak berapa nak perhati ni.Lagi pun kalau buat sesuatu mengikut selera ramai lebih mendatangkan hasil yang lumayan.

Tak kisahlah filem dia,bukan filem aku…apa yang Hans buat untuk karektor dan jalan cerita bagi aku best!cukuplah dengan best,nak lebih pun “menonton wayang hanya untuk mereka yang suka pada alam khayalan sahaja.”dialog ni kalau tak silap 2 kali Erra ulang.Rasa macam nak keluar je daripada panggung.Nasib baik 2-3 kali tunang aku tegur Erra lawa.hehehe…

cuci edit

Aku ter’cuci’ poster dia orang.

Menonton wayang dengan alam khayalan?

Pada aku kalau sudah ceritanya berkenaan dunia khayalan memang khayal lah.Lagi pun unsur-unsur khayalan memang tidak dibenarkan untuk pasaran Malaysia.Mungkinkah itu satu signal agar filem Malaysia lebih terbuka?

Aku terlalu suka dengan apa yang Hans lakukan untuk filem ini.

Sebab?

Apa yang aku nampak segala kemahiran & ‘kabel’ yang dia ada digunakan sepenuhnya untuk hasil sulong.pergi tengok filem itu kalau kau nak tau ‘kabel’ yang aku maksudkan.

Harapan aku agar lebih ramai pembikin filem menggunakan ‘kabel’ yang sedia ada atas urusan perniagaan.

Filem itu seni bukan perniagaan…lah penggila.com

Teruskan dengan seni kau…

Banyak kali aku ulang aku suka dengan filem ini…untuk kali ini.

 

 

 

Related Posts with Thumbnails

3 Responses to “Mari men’cuci’ di pawagam.”

  1. CypherHackz says:

    Member2 aku pun cakap cite ni best. Aku nak tengok jugak tapi member2 aku dah tengok, so aku nak tengok ngan sape. Hu3. Btw rilex je eh kau cakap ngan tunang kau, aku-kau. Hu3.

  2. Azhar Ahmad says:

    Saya belum tengok lagi cuci.. Masih ada di biskop kann?

  3. alongovtx says:

    Azhar,saya tak faham biskop pada kamu…adakah nama pawagam atau org kuat gereja itu.Sudut kamu luas…beri aku arahnya…mungkin aku terlepas pandang.

    huhuhu…cyperhack komen kat blog gua…sekali lagi best,aku cadangkan sepanjang cerita kau fikirkan dengan siapa Hans berurusniaga,bagaimana dia mengurus dan mendapatkan kepercayaan untuk projek itu.Beb!kat kos minimum yang dia buat,nampak cam gempak…

Leave a Reply

This entry was posted on Tuesday, February 5th, 2008 at 7:27 am and is filed under aku, cerita bisnes, penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.