Mercun & bunga api?
Setakat dua tiga hari lepas bekalan 2 biji butir di atas telah menjengah pasaran.Kalau di tempat kau tiba lebih awal apasal kau tak beritahu aku awal-awal?
…Bukan apa,adik aku sudah pun bertanya,adakah kita akan bersama-sama bermain permainan menggegar dunia itu.Tidak!!! jawab aku ketika itu.Kau pun tahu setakat letak meja dan pamerkan 2 biji butir itu sudah tentu bukan di dalam selera dan permainan aku.Aku menganggap kau pun sama.Cuma kau terpaksa membeli untuk anak atau adik itu pun sekadar menghibur hati pada malam 7 likur.Puaskan hati kau…
Kebanyakan yang menawarkan 2 biji butir di atas adalah golongan yang berhati besi sama kerasnya dengan mereka yang menawar barangan cetak rompak.Faham-faham sahajalah.
Sebelum puasa aku sudah melihat di rancangan kegemaran manusia yang agak patuh pada undang-undang bahawa bekalan ‘baik punya’ sudah pun di rampas.Mudahnya aku beranggapan bekalan memang sangkut kerana tiada seorang pun di kalangan member keras aku menawarkannya.Ya!tiada seorang pun…
Oklah…walau pun tiada,syawal ini tetap meriah pada aku.










