Muhasabah diri dan blog.
Setelah ramzwatcher a.k.a rajablog tercuit dengan post ibnu hassim berkenaan siapa aku di internet?,saya turut terpanggil untuk muhasabah diri.
Jika kutukan,hinaan dan cercaan jadi sempadan,genap setahun berkuburlah blog ini.Seperti Ram,di kalangan rakan sendiri ada yang menjadi pengkritik tetap AF apa yang di lakukannya, ini kan pula penggila.com yang baru keluar daripada perut.Padahal blog tu terlalu banyak maklumat berkaitan blogging.
Belum kira sumpah seranah pihak luar.’Sabor je ler’…
Berkenaan penggila.com ni,terfikir juga saya hala tuju bagaimana untuk meneruskan kegilaan blog ini.Ada juga yang memberi nasihat agar saya tukarkan saja sebagai portal.Lebih sesuai dengan domain penggila ni katanya.Insyaallah sekiranya lebih memberi kebaikan.
Buat masa sekarang biarlah kegilaan ini saya teruskan dengan motto ‘menoropong kegilaan bertukar kejayaan’ melalui blog, selagi saya belum memperkasakan diri dengan portal.
Soal layak yang di keutarakan cikgu ibnuhassim,terlalu umum.Kenyataan yang perlu di telan adalah setiap blog,web,portal atau apa sahaja di internet bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan traffic.
Jika di imbas apa yang di ajar oleh mentor ‘kita’ (khas untuk cikgu)untuk menghasilkan sesuatu di internet pasti terlintas di fikiran saya berkenaan persoalan beliau.
Dah fikir niche,boleh lawan pesaing-pesaing yang lain?











Wa wa wa…berkobar-kobar kegilaan awak yek..memang betullah semua yang ada blog macam ni memang gila dibuatnyeer…macam saya gak..salam perkenalan..
April 26th, 2007 at 10:18 am