Penggila t-shirt & perniagaan internet.
Tidak mengira apa jua status anda pasti anda memiliki sekurang-kurangnya sehelai t-shirt & pernah menyarungnya di badan anda.
Betul ke?
Entah lah,apa yang penting t-shirt kini bukan sekadar pakaian harian yang di pakai pada waktu santai.Malah t-shirt juga sudah menjadi salah satu media pengiklanan.
Potensi t-shirt dalam industri pengiklanan walau belum menampakkan potensi yang besar tetap wujud.
Fenomena ini boleh disaksikan di mana syarikat-syarikat gergasi mengeluarkan t-shirt yang berlainan pada setiap promosi mereka.Pelajar sekolah,kelab,kolej,universiti & lain-lain lagi juga sentiasa tampil dengan t-shirt yang melambangkan identiti mereka.
Dengan menampilkan promosi di t-shirt secara tidak langsung melebarkan lagi pasaran.Secara tidak sedar ramai di kalangan kita yang sentiasa mempromosikan sesuatu tanpa kita sedari.
Contoh yang paling mudah,t-shirt berkenaan satu kumpulan rock.Ya,di kalangan anak muda yang menggilai kumpulan pujaan mereka tidak terlepas untuk memiliki sehelai t-shirt kumpulan pujaan mereka.Bagi penggila t-shirt pula tidak mengira walau apa jua yang terpampang asal menarik pasti melekat di badan.
Ermm…kita melihat di sudut pengusaha mencetak t-shirt.Setiap apa yang terpampang di t-shirt haruslah di cetak.Teknologi percetakan t-shirt juga semakin berkembang.
Saya pernah berfikir untuk menawarkan servis untuk mencetak t-shirt dengan kuantiti yang rendah.Malangnya terlalu banyak yang perlu di usahakan.
Ini adalah apa yang saya fikirkan untuk merealisasikan impian untuk berniaga di internet.Secara mudah,saya berfikir kesukaran untuk menghasilkan t-shirt dengan kuantiti yang rendah mampu memberi pulangan kepada saya.
Ya,saya berfikiran dengan “menawarkan sesuatu pada kadar kuantiti yang rendah,(bukan harga) mampu menarik perhatian pengguna internet untuk membeli di internet.”
(Cadangan & jawapan saya buat shuth,individu yang menjadi idola saya di internet)Anda boleh baca di sini.
Untuk penggila t-shirt,kini anda boleh mendapatkan servis mencetak t-shirt di cetakbaju.com.
Walau usaha saya untuk terjun ke bidang mencetak baju terbengkalai.Saya tetap memberi sokongan untuk rakan-rakan yang terlibat dalam industri ini.Selamat maju jaya.
P/S-Sebelum saya terlupa,”syok ohhhh… kalau pakai t-shirt hasil rekabentuk sendiri ni.Isk…Gilalah…”
Cabaran hari ke 2 Rajablog.info











tapi kat cetak baju tue kena order sepuluh helai skali…tak abis aku nak memakainya..
March 25th, 2007 at 12:30 pm
“Kang kena cop gila pulak 10 hari tak tukar baju.hehe…”
March 25th, 2007 at 4:36 pm
tempah baju kat sini
=)
Tempah Baju | Print Baju
November 12th, 2010 at 7:19 pm