Salah bintang!
Bagi anda yang mendarat di penggila.com atas tiket “studio bintang kecil” saya benar-benar berasa (Entah…tak tahu nak cakap,sebab bercampur baur.) ampun maaf di pinta di atas carian anda yang tidak menepati sasaran.
Ini kerana lonjakan pengunjung penggila.com meningkat sebanyak tiga malam tanpa bintang kali ganda daripada hari biasa.
Tiada niat untuk saya bermain-main dengan kata kunci “studio bintang kecil” tersebut,kerana apa yang saya paparkan sebelum ini bertitik tolak daripada terkenangkan pengalaman saya menjaga studio (dulu-dulu) dan jalan-jalan cari makan ke youtube atas dasar “bosan gila aku cakap engkau”pada waktu itu.
Saya sendiri tidak mengetahui akan kehadiran rancangan realiti tv berkenaan bintang kecil pada waktu itu.Hanya selepas kejadian lonjakan pengunjung baru saya mengetahuinya.
Apa yang dapat saya simpulkan:
1.Ada baik & buruknya dalam bermain SEO.(Semua perkara pun ada!)
2.Oh…fahaman SEO ku telah meningkat. (sedikit sahaja…jadilah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.)
Tidak sempat hendak simpul lagi…banyak cabang SEO yang perlu di pelajari lagi.(Ini baru permulaan.)
Musim baru one in a million sudah terasa auranya.Perlukah aku menggilakan diri untuk bersama-sama menyertai?
Mungkin tidak…blog penggila ini bukan hanya untuk bidang muzik yang tidak kesampaian sahaja.
Hehaheha….










