Bila peluang aku?
Mahu atau tidak peluang bukan sentiasa hadir.Individu yang menunggu peluang pasti kecewa bila peluang tidak kunjung tiba.Mencipta peluang pula tidak seindah yang di sangka.Bila akan tiba jayanya?
Mainan politik antara yang menjadi halangan dalam mencapai peluang.Itu baru mencapai peluang,belum dalam tangan.Bayangkan dalam tangan pun boleh terlepas.
‘Politik di sini maksudnya adalah politik harian.’
Secara tidak langsung tiada siapa yang dapat lari daripada mainan politik.
Yang dapat bangkit daripada igauan buruk terlepas peluang pasti menjadi lebih mudah,yang menurut sahaja pasti akan terus terjunam.Betapa peluang adalah sesuatu yang subjektif.Tiada daya untuk memberi penetapan terhadap peluang.Apa sahaja boleh terjadi.
Kesanggupan dan kesabaran yang tinggi menjadikan peluang lebih mudah di dekati dan semakin hampir dengan matlamat.Umumnya,peluang bukan untuk semua dan bukan semua berpeluang.Tepuk dada tanya selera.
Bila peluang aku?











Hum, dan saya memang tidak menggemari politik yang Malaysia amalkan sekarang ini. Politik harian adalah biasa….
January 15th, 2008 at 9:52 am