Gagal lagi rancangan kita…!!!
“Kau harus akui dan mengaku…!!!”
Tiba-tiba sahaja suruh mengaku…apa yang hendak di aku kan?
Ada perkara yang selepas di buat laporan polis,baru berita itu tersebar secara meluas kerana perkara yang melibatkan polis,pasti terpampang di akhbar walau bukan semua akhbar.
Terbaru,pada SPM yang lepas.Kes,pelajar sekolah tidak di benarkan menduduki peperiksaan SPM.
“Siapa cilok siapa belum pasti.Kita tengok siapa yang kena…”
Yang pasti topik utamanya adalah guru sekolah tidak membenarkan pelajarnya menduduki peperiksaan untuk matapelajaran tertentu & ibu pelajar sekolah terbabit sudah pun membuat laporan polis.
“Aku bukan seorang guru sekolah.”
“Aku tidak tahu sakitnya hati guru apabila anak muridnya gagal tetapi aku tahu sakitnya apabila diri aku gagal.”
“Aku bukan seorang ibu.”
“Aku tidak tahu sakitnya hati ibu apabila anaknya gagal tetapi aku tahu sakitnya apabila diri aku gagal.”
“Aku bukan lagi pelajar sekolah.”
“Aku tidak lagi tahu sakitnya hati pelajar sekolah gagal,tetapi aku tahu sakitnya apabila diri aku gagal.”
Jauh di lubuk kelah hati guru yang baik.-”kegagalan pelajar, kegagalan ku jua.”
Jauh di lubuk toman hati ibu yang baik.-”kegagalan anak,kegagalan ku jua.”
Jauh di lubuk haruan hati polis yang baik.-”kegagalan remaja itu,kegagalan ku jua.”
Jauh di lubuk tengas hati pelajar yang baik.-”kegagalan aku memusnahkan masa hadapanku”
Jauh di lubuk lampam hati penggila.com yang hehe…-”Anugerah dari kegagalan-Dato Shake & Berani gagal-Billy lim.”










