Ini fesyen barulah…kau mana tahu…

“Lama betul mesin tu nak kira duit.Yang tukang menekan pun sengal,tengahari masuk duit berkepok tak ingat!.”Ada lagi tiga orang tengah tunggu giliran bersama aku.Kaki dah kebas,tak boleh tahan…

Sampai giliran aku,mesin tergendala…aduss…dahlah deposit machine ni buka satu je… itu pun nak kantoi!

Nak tak nak terpaksa aku ambil nombor dan tunggu giliran baru ke kaunter.Haram ada yang aku kenal…

Dalam menunggu aku duduk dibangku melayan perasaan.

Lepas sorang-sorang keluar,masuk pula mamat sepet sorang ni dengan fesyen seluar londeh tak ingat…nasib baik daripada belakang,tu pun sayup-sayup nak nampak.

Macam ni punya fesyen pun ada?Adalah…dah nampak depan mata tak kan tak ada pulak!

Lambat lagi giliran aku…tunggu kan sahaja sambil menongkat dagu tanda boring yang amat sangat.

Mamat sepet lalu di hadapan aku sambil mengangkat baju.

Macam haram…!!!

Fesyen tu memang patut di haramkan untuk tontonan umum.

Related Posts with Thumbnails

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply

This entry was posted on Wednesday, November 19th, 2008 at 11:47 am and is filed under Penjagaan dan kawalan.. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.